Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 29, 2010

politik dan politik.....

Tiba-tiba hari ini tergerak hati nak berbicara isu ini.Mungkin sebab saya mula rasa, sudah masanya saya berfikir di atas medan ini. Antara pekerjaan yang paling susah adalah bila hendak memulakan pekerjaan. Manusia mungkin boleh berkata,tapi tindakan tak tahu bila. Inilah yang selalu berlaku dengan politik zaman kini.

Saya teringat cita-cita kawan saya bila kami ada masalah dengan duit pinjaman,katanya dia akan bekerja di yayasan itu selepas tamat pengajian demi membela nasib pelajar macam kami.Saya tersenyum melihat semangat dia,pesan saya kalau betul cita-citanya cubalah jadi yang teratas sebab air liur yang dibawah tak berguna kalau diatas lebih berkuasa. Kawan saya memang tinggi semangatnya,semenjak saya bersama dia dah banyak manifesto yang saya dengar. Insyaallah kalau naik saya akan undi dia,kalau betul dia dijalan yang benar!.

Ramai yang tak berminat bila sebut hal politik, kata mereka politik itu kotor. Saya jugak tak berminat tapi bukan dengan politik tapi mereka yang buat politik jadi kotor. Kalau kita kata politik itu kotor, jadi kita cakap politik yang dijalankan sejak zaman rasulullah juga kotor??.

Sebenarnya bila kita sebut tentang politik hari ini, banyak kita lihat keburukan dari kebaikan. Memang banyak beza politik hari ini dengan politk zaman rasulullah dan khalifah. Tak perlu kita cari contoh jauh, lihat di parlimen sendiri,apabila golongan bijak pandai yang mahir dalam kepimpinan tiba-tiba berdebat isu kecil seperti kanak-kanak merajuk tak dibelikan ais krim. Hilang kreadibiliti di meja berprestij,kanak-kanak pun mungkin tergelak melihat.

Ini lah yang berlaku apabila kita jauhkan kemampuan dan agama. Ramai antara kita yang mampu dan berkreadibiliti tinggi dalam memimpin tapi kurang dari sudut agama dan kesolehan dalam memimpin. Ada juga pihak yang asyik memberikan perhatian kepada soal kekuatan agama sehingga mengabaikan kemampuan dalam kepimpinan politik.Saya tidak berpihak pada mana-mana, ini realiti dunia kita hari ini.

Selingan cerita pada awal pengajian saya, semasa saya menjalani ujian lisan. Kami diberi masa untuk menjawab soalan dan bercakap di dalam bahasa arab. Gelak kecil bila saya teringat kembali,saya berdebat panas dengan kawan saya. Isu yang disoal oleh pensyarah ketika itu isu politik, apa lagi sedap kami goreng ayat walaupun tak dirancang. Semenjak dari hari itu saya dipanggil dengan gelaran puteri umno dan kawan saya muslimat pas, gelaran itu yang membuatkan pensyarah ingat kami sampai bila-bila. Mungkin waktu kami berdebat saya lebih memihak pada kerajaan dan kawan saya memihak pada pembangkang,tapi sebenarnya itu taktik supaya kami dapat idea dan boleh bertutur dengan baik. Apa sahaja akan sempurna kalau hati bersemangat dan minda kreatif berfikir.

Politik memang menyeronokkan sebenarnya. Kreadibiliti memimpin dan ketaqwaan perlu seiring dalam membina sebuah kerajaan yang utuh. Apabila kedua-dua aspek ini dibezakan,inilah yang akan membuatkan politik kita hari ini jadi kucar-kacir, yang bijak memimpin hanyut dengan tiada pegangan dan yang siqoh agama tapi lemah selok belok kepimpinan diberi tanggungjawab akhirnya gagal menguruskan.

Harapan saya semoga politik kita hari ini tidak terus dijadikan bahan ketawa masyarakat. Tidak kira di dalam organisasi yang kecil sekalipun,yang di atas harus bijak mengimbangi tuntutan dan lebih bertanggungjawab dengan amanah.semoga hidup kita diredhai.




i'm here 4u..
415pm,29/6.
bayt cI,irbeed.

Tuesday, May 18, 2010

Sudah Baliklah......


Sudah..

Baliklah..

Masa mu sudah tamat di sini..

Untuk apa kau tangisi ratapi..

Tertutup sudah masa diberi..

Tiada guna kau marahi sesali..


Sudah..

Baliklah..

Penat sudah kau mengharung melawan ombak ini..

Berjuta janji telah kau langar ingkari..

Berjuta hati telah kau tikam hancuri..

Sehingga jadi hatimu kaku mati


Sudah..

Baliklah..

Telah Dia khabarkan padamu dulu..

Telah Dia bisik pada hatimu itu..

Tapi sayang, jauh kau lempar ia ke hulu..

Hingga hatimu jadi ragu-ragu..

Lantas kau tolak tanpa segan-silu..


Sudah..

Baliklah..

Sudah sampai janji TuhanMu..

Sudah sampai ketikanya hari dan waktu..

Untuk pergi jauh dari dunia yang dulu..

Ke dunia baru yang belum tentu hala tujumu


Sudah..

Baliklah..

Pulang ke sisi Tuhan Yang Esa..

Pulang ke Rabbmu Yang Maha Kaya..

Mungkin kau bahagia, mungkin kau sengsara..

Jangan kau tanya pada ku yang hina..

Kerana ku sendiri belum ketemu jawabannya.


Sudah..

Sudahlah..

Sudahlah kamu..




hari2 terakhir dibumi syam....
18mei~10pm..
bayt cI,irbeed..j0rdan

Saturday, May 8, 2010

Epy BEsday Abah..Epy Mother's day Mak!!!




MEI..bulan istimewa...
hari lahir Abah dan hari ibu buat Mak...
sekali lagi saya tak dapat sama-sama sambut hari lahir mereka..tapi saya tahu mak abah tahu saya sayang sgt diorg..ckp macam perasan je..=ptapi betulla sapa tak sayang Mak abah diorg??anak durhaka..hee

Selalu org akan cerita pengorbanan yang parents dia dah buat selama hidup dia..saya tak nak cerita dah ,bukan sebab cerita dia sama..tak sama sebab mak abah saya sangat hebat!saya tak nak cerita sebab terlalu banyak,klu saya cerita berepisod2..
so saya pahat dalam hati lebih selamat,dan saya takkan lupa sampai bile2..

Allah saja yg dapat membalas pengorbanan mereka..saya harap kek yang saya psn utk mak abah boleh epykan mak n abah saya...pesan SMS/CALL je tak cukup..banyak cara boleh buat w'pun duduk jauh..selagi ada sayang..(^^,)


~SELAMAT HARI LAHIR ABAH,EPY MOTHER'S DAY MAK!!!~



sayangmu~~,..
mei/1040pm..
bayt CI..
irbeed,j0rdan..

Thursday, April 1, 2010

s0meone..somEwhere..plez help me fly.....

nak terBang!!maRi terbang...!j0m kita teRbang...!



Andai bisa ku terbang tinggi di awan
kan ku terbangkan sayap impian
melayang tinggi di ruangan angkasa
namun semua hanya impian
yang tak mungkin bisa ku janjikan
seperti apa yang terjadi dikisah khayalan
hanya mimpi yg bisa ku janjikan
realiti bukan seperti mimpi sang puteri…..
Maafkan aku melukaimu
maafkan ku kerna tak bisa ku hadirkan semua mimpi-mimpimu
pegang tangan ku pejam matamu
dan selami hati yang berbunga
pastinya kau kan melayang terbang di angkasa
bersama ku berdua jelajahi kisah cnta
sprti didalam kisah sang arjuna
Kita terbang bersama berdua di ruangn angkasa
bagai cinta tercipta biar bukan realitinya..........


(sejenis lagu tapi isi keseluruhan tiada kena mengena sangat=p)



Kalaulah saya boleh terbang, pasti dengan mudah saya boleh capai puncak impian saya. Dua minggu ini saya sibuk dengan aktiviti harian dan juga exam, kadang terasa letih dengan usaha tanpa hasil. terfikir kalaulah saya dapat hidup dengan hanya petik jari, ser0noknya!!!! makin berlemakla miss hillu~ tapi hakikat hidup ini,manusia tidak akan dengan mudah menerima nikmat tanpa ujian!walaupun ditabur emas pertama,or dapat ijazah free2 pun..itu adalah ujian!ujian dalam menilai tahap kesyukuran..sekali perkataan megah keluar, popp!c0p kufur nikmat melekat didahi..
So uJian saya untuk capai puncak impian tanpa kelebihan untuk terbang dengan mudah itu adalah ujian yang terbaik untuk tarbiyah diri supaya lebih bersyukur dan menghargai nilai sesuatu dari usaha sendiri, daripada diuji dengan kesenangan hidup saya rasa itu lebih bahaya!!untuk sampai pada aIm yang dicari itu,memrlukan pengorbanan..dan kejayaan dengan perng0rbanan dan susah payah..itu adalah lebih manis!!!h0pefully kita semua dapat menjadi hamba yang bisa terbang tinggi tetapi dengan menggunakan kepak ciptaan sendiri..insyaallah!!



*doakan saya berjaya dunia akhirat*
casa intElek,
12.17am,2/4/2010,
irbEEd.

Wednesday, March 10, 2010

2 SINERGI!!!


Tahniah! puas rasa hati setelah lebih kurang seminggu saya mengikuti program m&m anjuran permai. Sepanjang seminggu program, kami disajikan dengan pelbagai program yang menarik. Antaranya forum,mini klinik,first aid traing n talk show. Hari pertama program mula dengan mini klinik, seharian didedahkan tentang penjagaan kesihatan dan juga rawatan percuma. Tapi sayang saya tak dapat hadirkan diri,klu tak boleh jugak cek BMI rasa dah macam tak balance..hee.

Malamnya pula ada forum khas bertajuk korelasi otak terhadap persekitaran manusia, mula dengar tajuk tu macam pelik selalu program kat irbid ni kalau ada forum je takde lah nak bincang isu2 sains ni, lebih kepada somethng yang lebih sosial, skop2 dakwah,sikap n kerjaya selalu menjadi tajuk forum, tapi kali ni berbeza. Kita bincang tetng otak, subhanallah sangat kompleks otak kita ni rupanya. Dulu zaman sekolah saya belajar juga tentang otak tapi cuma basic, tapi kali ni dapat belajar semua walaupun faham tentang fungsi setiap bahagian cuma tak dapat nak kenalpasti semua nama2 bahagian itu ,susah nak sebut pun ye jugak.

Keesokkannya pula, forum bertajuk Menilai Nur Kasih yang disampaikan oleh pelajar master dr pelbagai bidang. Input yag diterima sangat membuka mata semua yang hadir, bagaimana sebenarnya nur kasih sebenar yang harus dicapai dalam menjadi insan yang sentiasa ingin berada di jalan bahagia.

Selesai berforum, hari seterusnya kami ikuti first aid training yang disampaikan oleh otai-otai medic. Saya tak sangka rupanya orang biasa macam saya ni kadang2 dalam sesuatu keadaan saya perlu untuk bertindak menjadi doktor penyelamat spontan. Amat rugi bagi yang sengaja tak menghadirkan diri ke training ni, kami belajar macam-macam ilmu untuk menyelamatkan orang di saat kecemasan antaranya bila berhadapan dengan victim yang mengadapi chocking,patah,burning dan sebagainya. Langkah2 penting nak buat CPR dengan betul pun diajar, sy dah dapat sijil so lepas ni sapa yang agak2 tak jumpa nadi atau tak dapat kesan pernafasan bolehla panggil saya untuk jadi DR 'darurat',hehe. Puas hati dapat pulang dengan ilmu macam ni, saya terasa yang diri saya jugak sebenarnya adalah penyelamat kepada orang lain.

Program diteruskan lagi pada malam seterusnya,talk show 'Andai Kau Milikku', saya rasa dalam banyak-banyak program yang ini paling ditunggu2 orang semua orang. Pendedahan awal dalam melangkah ke alam rumahtangga. Dari awal bab merisik, kemudian masuk bab meminang dan akhir sekali perkahwinan, lengkap semuanya diceritakan dan dibincangkan. pendapat saya talk show ini bukan dibuat atas sebab tarikan untuk ahli menghadiri program seperti yang dikomen oleh sebhagian mereka tu tapi sebenarnya talk show ini dibuat atas dasar pencegahan dalam masalah ikhtilat 'songsang' yang dihadapi dalam masyarakat Permai. Pengisian yang jelas memberi banyak gambaran sebenar untuk mengikuti jalan betul dalam proses ke alam perkahwinan. H0pefully semua dapat berfikir secara positif dan lebih matang, tidak kira apa tujuan program dijalan tapi saya percaya ianya pasti menjanjikan beribu hikmah.

Dan malam ini sebagai pengakhiran program, forum kerjaya dan resolusi tentang masalah dan perihal masyarakat permai. Dalam slot forum kerjaya, kami berkongsi pengalaman 2 orang ahli panel daripada bidang syariah dan kedoktoran. Mendengar cabaran yang bakal kami hadapi nanti, membuatkan perasaan jadi takut. Antara point penting, mahasiswa perlu meningkatkan kualiti diri melalui pelbagai aspek untuk meletakkan diri dalam realiti dunia moden.

Alhamdulillah,setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi dgn kasih sayangNYA program M&M iaitu gabungan mahasiswa universiti yarmouk yang majoritinya dari aliran pengajian islam dan juga mahasiswa JUST dari bidang perubatan, dapat juga diakhiri dengan jayanya. Kombinasi dua aliran ini sangat memberi manfaat buat semua ahli Permai khususnya. Saya terasa bertuah sekali dapat hidup dalam masyarakat Permai yang mempunyai latarbelakang yang pelbagai. Begitu banyak hikmah yang dapat dikongsi bersama, Subhanallah!Ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dalam perlaksanaan program ini. Semoga Allah membalas usaha kalian dengan ganjaran yang setimpalnya..insyaallah('_~)


2 sinergi,
1.06am,10/3/10,
my cAsa,Irbeed.

Tuesday, March 9, 2010

Mutiara


Dari bentuk yang mencerminkan bahawa dunia ini remeh adalah ketika mana beberapa orang wanita dibeli dari pasar-pasar di zaman yang penuh pola hidup berfoya-foya, glamor dan boros. Lalu masing-masing mereka diberikan mutiara yang melimpah. Para wanita sahabat rasulullah s.a.w yang terbaik hidup di dalam rumah tanah, diatas tikar yang terbuat dari pelepah daun kurma. Mereka tidak mendapatkan makanan, kecuali roti-roti tawar dan beberapa butir kurma. Celaka bagi orang yang hidup didunia ini yang tidak menghormati norma-norma, tidak membezakan antara yang berharga dan yang murahan. Dan kekecewaan bagi jiwa yang tidak bisa membezakan antara yang hak dan yang batil.

Friday, March 5, 2010

argghhh gemuk!!!

Jarang sekali kita bertemu dengan orang yang sangat berpuas hati dengan bentuk badannya. Ada yang mengeluh konon badannya gemuk sangat pastu ada pulak yang cakap dirinya terlampau kurus. Selalu kita mendengar mereka yang gemuk contohnya sanggup lakukan apa sahaja utnuk mendapat bentuk badan yang ideal sehingga sanggup menahan lapar. Saya rasa menahan lapar bukan penyelesaian untuk mendapat bentuk badan yang ideal.

Tetapi ada juga keadaan yang dia selesa dengan keadaannya cuma tidak selesa bila ada orang yang selalu kritik bentuk badannya. Inilah manusia sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang ada. Bagi saya bentuk badan bukan satu kepentingan utama tapi kesihatan yang baik, kalau badan kurus cantik molek tapi ada penyakit tak boleh juga dan kalau badan gemuk pulak macam-macam penyakit ada masalah juga.

Di Jordan, boleh kata semua pelajar yang datang sini akan mengalami penambahan berat badan, lagi-lagi bila masuk musim sejuk, itu menjadi perkara biasa bagi semua orang. Tapi saya bertuah tinggal di bumi Jordan ini, dengan pencampuran pelbagai bidang pengajian islam, ekonomi, perubatan, pergigian n fizik, semua memainkan peranan masing-masing. Kalau bab kesihatan ini sangat-sangat diutamakan, kami selalu mengadakan sukan dan riadah bersama-sama. Selain itu, kami juga dapat berkongsi serba sedikit mengenai penyakit dan apa-apa yang berkaitan dengan kesihatan tubuh badan.

Sebenarnya faktor gemuk atau tidak bukan masalah dalam kesihatan, cuma bila tahap obesiti atau aneroksia itu yang akan menjadi masalah. Apa yang penting kesihatan yang baik dan juga stamina yang kuat menjadi fokus utama dalam menjaga tubuh badan yang sihat dan cergas. Faktor gemuk atau kurus, itu hanya kepuasan diri untuk nampak hebat di mata manusia lain. Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dan memperkuatkan stamina. Walaupun kita bukan ahli sukan, tapi sebagai seorang pelajar kesihatan yang baik dan stamina yang kuat juga sangat penting untuk belajar, supaya kecerdasan otak dan tubuh badan sentiasa terpelihara. Jadi kita boleh jadi pelajar islam yang sentiasa aktif dan berstamina! tapi kena ingat bukan stamina badan sahaja perlu dijaga stamina iman juga harus dititik berat, dengan stamina iman kita dapat berterusan istiqamah di jalan ALLAH. Insyaallah('_~)



go for karisma!
933pm,5/3/10,
mY caSa, Irbeed.


Thursday, March 4, 2010

Tuhan Beri Aku CINTA

Walau aku senyum bukan bererti

Aku selalu bahagia dalam hari

Ada yang tak ada dihati ini dijiwa ini

Hampa..

Aku bertemu sang adam di simpang hidupku

Mungkin akan ada cerita cinta

Namun ada sahaja cubaan hidup

seakan aku manusia hina

Tuhan,

Berikanlah aku cinta

Untuk temaniku dalam sepi

Tangkap aku dalam terangmu biarkanlah aku punya cinta

Tuhan,

Berikanlah aku cinta

Aku juga berhak bahagia berikanlah restumu dan halalmu

Tuhan beri aku CINTA..




miSs hillu,

6.56pm,4/3/10,

irbeed.

CINCIN


Wahai orang yang selalu menyibukkan dirinya memperhatikan keindahan cincinnya untuk dipakai pada jemarinya sebagai hiasan...

Apakah engkau berfikir bahawa cincin dan jemari tersebut akan tetap abadi??

Sesungguhnya telah hancur banyak jemari yang telah menikmati hiasan cincin yang paling indah didunia.

Pakailah cincin 'iffah yang sebenarnya, kemuliaan iman dan amal bakti yang lurus, nescaya engkau akan menjadi wanita yang paling tercantik di dunia ini!!

dEmam pilihanraya..


Apa saya belajar hari ni???antara 3 kelas saya hari cuma satu kelas je yang lecture saya masuk, kelas tilawah walhifz dengan miss manal yang c0mel. Arini hari khamis, so kelas untuk hari ni di 3 fakulti yang berbeza, pagi kul 9 saya di fakulti syariah, habis kelas tilawah gap sekejap n sambung kelas ulum askari di dewan farabi berdekatan dengan fakulti 'ulum .Tapi untuk hari ni kelas ulum askari takde sebab pilihanraya, lepas je tahu kelas takde so saya buat keputusan nak balik rumah sebelum ke kelas microeconomic di fakulti ekonmi. Kecoh keadaan di universiti arini, maklumlah hari ni pelajar akan turun mengundi so lagi hebatlah semua berkempen. Seronok saya tengok gelagat semua, yang specialnye saya dapat bunga walaupun saya tak mengundi.Thanks Amani!!!chaiyok for 'umar ubaidat, dia antara yang dicalonkan sebagai wakil jabatan saya. Saya nak mengundi tapi tak boleh, takpelah saya doakan semoga dia berjaya. pukul 1 saya bersiap nak ke kelas microeconomic, kawan saya call ckp takde kelas n dia kata keadaan kat fakulti ekonomi tue sangat sibuk sume kelas takde.Hooreyyyyy!!!berbunga dengar, sebab saya mmg rasa macam berat je nak g. so arini 1 kelas jela yang ad,pagi tadi kelas tilawah, itu pun belajar sikit je tentang tanda2 berhenti n sambung dalam al-Quran pastu miss tahsin bacaan dari surah Jasiyaah.Abis minggu pilihanraya ni, minggu seterusnya bermula la semua sibuk dengan exam awwal. Good luck semua!!!!('',)


bunga2 cinta,
214pm,4/3/10,Irbeed.

Wednesday, March 3, 2010

RAPS2010

Bagaimanakah nasib PALESTINA???? sanggupkah kita berkorban untuk mempertahankannya?? tepuk dada tanya IMAN.........

Antara 2 SINERGI...


Programme: Minggu Kesihatan MMJ & MMY.
Subprogramme: 1)Carnival of Medicine and Dentistry 2010(MMJ)
Theme: Because We Care.

2) I-WAH 2010(MMY)





I-WAH Trailer..ANDAI KAU MILIKKU('',)


nak tahu pasal sakit?nak belajar hidup dalam biah solehah?nak merisik cara yang betul??
JOMLAH SAMA2 KITA MEMERIAHKAN PROGRAM GABUNGAN MMY&MMJ INI..(6-10MAC 10)

f0rmula for today...

Macam yang saya janjikan, saya nak cuba cari waktu untuk kongsi apa yang saya belajar hari2. Untuk hari ni saya ada tiga kelas, mula dengan subjek dirasat jadwa then sambung terus kelas mathematic of finance abis je masuk kelas fundamentals of accounting. Kelas berderet dari 930pagi sampailah pukul 2 petang, saya cuma sempat solat zohor, makan tengahari tak sempat. Memang macam penat tapi saya rasa ok je, sebab kelas tue semua dekat fakulti ekonomi, jadi saya tak perlu penat terkejar2 ke fakulti lain macam kelas saya untuk hari ahad, selasa dan khamis. Pagi tadi masa kelas dirasat jadwa, Dr masuk topik baru n bagi kuiz. Dirasat jadwa ni subjek tentang kajian untuk kelayakan bagi sesuatu projek untuk dijalankan, maknanya sebelum projek dijalankan kita kena kaji dari pelbagai sudut, cek pro n kontra projek tu,lebih kurangla ye.Topik sebelum bincang lebih kepada takrif dirasat jadwa itu sendiri serta kepentingan2 ianya dijalankan n sekarang masuk topik baru, market study. Topik ni membincangkan tentang guideline yang perlu diambil kira dalam sesebuah pasaran. Habis je kelas dirasat jadwa saya terus ke kelas Math, arini masuk rumus baru pulak dalam kepala, klu topik sebelum ni kira interest arini kira diskaun pulak, math sebenar tak susah kalau kita rajin tapi bagi orang yang macam saya sangat2 mencabar rasanya sebab sy lemah dengan nombor, tak pelah usaha tangga kejayaan langkah jugakla walaupun cam susah. Akhir sekali saya masuk kelas akaun pulak, yang ini okla xde stress sangat sebab belajar benda yang saya dah pernah jumpa dari zaman sekolah lagi cuma cabarannya saya bergerak sendiri, so kne tasji' semangat sendiri la. sebelum ni masih dalam teori2 akaun je n hari ni saya dah mle start untuk buat akaun, macam senang but jgn cepat rasa tenang lepas2 ni ad yang lebih mencabar. Memang untuk hari isnin dan rabu 4jam lebih otak saya akan bermain dengan nombor je, dirasat jadwa pun ada rumus jugak nak kre keseimbgn output n input, jaga surplus n shortage men kira2 la jugak sikit. Saya akan cuba hepy dengan keadaan saya, doakan ye!!!;p



pizza h0ttt,
9.47pm,3/3/10,
mY caSa, Irbeed.

IntikhObattttttt!!!

Minggu ni meriah suasana kat universiti, apa taknye sume pelajar sibuk dengan pilihanraya. Pening kepala saya bila masuk fakulti ekonomi, sume akan tunggu di tangga , tepi2 kelas n dlm kelas pun diorang masuk nak bagi kad untuk undian calon masing2. Kelas saya semester ni banyak di fakulti ekonomi so keadaan dekat situ jela yg saya dapat lihat, kalau sebelum ni di fakulti syariah suasana tu ok lagila takde la macam serabut sangat dengan manusia yang ramai. Macam tuela suasana pilihanraya dekat sini, klu yang seronok tu bila dapat bunga n coklat tapi kalau bagi kad saya tak nakla,hehe. Pelajar2 melayu kalau kat sini boleh je mngundi cuma tidak digalakkan atas sebab apa saya pun kurang arif.

Pengalaman belajar di negara orang dengan budaya yang tak sama dengan kita di Malaysia memang sangat bernilai, saya tak tahu macam mana suasana pilihanraya kalau di Universiti tempatan sebab tak pernah berada dalam keadaan tu cuma dulu pernah la sekali saya berkempen sewaktu masih di kolej IKIP. Waktu tu saya dah tahun akhir , seronok masa tu kami sama2 tolong buat poster lepas tu berarak macam jalanraya kitorang yg punya semangat sangat rasa. Yang berarak itu bukan apa, IKIP bukan semua dikawasan yang sama so kenala keluar ke hostel pelajar n IKIP 3. Walaupun sebenarnya saya antara orang yg tak minat sangat benda2 ni semua tapi sebab enJoy buat tu semua dengan kawan2 jadi seronok pulak.Itu baru kempen pilihanraya kecik2 je, nti bila dah balik malaysia sapa tau saya kena berkempen untuk yang lebih besar pulak. Arghhh tak minat politik!!. Tapi tak boleh sebab tanggungjawab semua tu, so saya kena turut serta cuma tak nak beria2 sangatla kot.

Family saya boleh kata antara yang aktif dalam politik di tempat saya tinggal, mak la terutamanya, kalau dlu asyik bz je tiap hari ada je surat jemputan meeting, or prgm apa2 mengalahkan YB yg sebenar, agaknya klu dia muda lagi mesti sekarang saya dah jadi anak menteri. Dulu masa tengah hangat kempen nak pilihanraya, time tu saya cuti n mak suruh saya ikut program pu3. Mula-mula macam berat sebab takde geng, saya ni gaya je macam peramah tapi kalau dalam suasana baru kena ambil masa sikit nak biasakan diri. Tapi fikir2 pergi jela ambil pengalaman join politik2 ni, tengok apa program yang diorg buat daripada saya duduk rumah tak buat apa2. Program tu ok je, dia ajarla berkempen, kepentingan politik apa semua.

Kenangan paling saya ingt sekali masa program tu, waktu malam last kira tugasan akhirla. Kitorg diberi gr0up2 pastu setiap gr0up adalah calon yB dia, nak jadi cerita masa tengah kempen tu, tiap2 yB group tu akan berucap n ahli2 dia akan pertahankan dia. Adalah orang buat jahat, baling benda kat kita pastu cakap macam2 so kena pertahankan parti time tu. Saya ni ditugaskan untuk dok dekat yB n jaga dia masa berucap, tiba-tiab hamba mana tah dia baling ceb0k kat kitorang punye group, teruslah mula sesi baling- membaling cebok n time saya nak balas baling tu tersilap sasar kena pulak set2 orang kuat pu3. Alamak ketar lutut time tu, dewan jadi senyap sekejap sebab org pu3 tu menangis kaki dia sakit kena ceb0k balingan saya tu. Itula ajar saya men baling2 lagi kan dah tersilap sasar, tapi saya rasa sikit je sakitnya cuma em0si dia tengah terganggu agaknye masa tu,hehe.Semua orang berhenti men game tu n fokus ke orang pu3 tadi, apa jadi kat saya pulak masa tu?? cuak sangat2 la rasa mcm nak mrh dia balik tapi xtau kenapa, tapi rasa bersalah, rasa nak balik umah pun ye jugak. Apa lagi yang mampu saya buat menangis la sekuat2 ati,haha macam budak2 saya rasa time tue. Ala kalau orang pu3 tu menangis sebab kena baling cebok takat sy punye nangis boleh consider lagi sy rasa, sebab sy ni orang baru n tak biasa lagi keadaan macam tu.

Kenangan semua tu, lepas kes tu saya tekad tak g dah progm2 macam tu serik men baling2 klu tak mencederakan diri, saya yg cederakan orang lain pulak. Agaknye orang2 pu3 pun tak bagi dah saya g program diorang, tak pelah saya kempen diam2 sudah. Macam2 ragam bila berkempen ni, masing2 cuba buat sesuatu untuk bagi menang calon dia, saya pun pernah jadi calon jugak itu yg dapat title YDPah kat sini cuma lain skit sebab saya tak minat so tak delah saya kempen beria tapi menang jugak memang tertulis dah kot tanggungjawab tu untuk saya, jadi saya ambil sebagai amanah lagipun untuk melatih diri mengurus, nanti saya akan berdepan dengan amanah yang lebih besar ini baru kecil2 je so kre kredit untuk saya memantapkan diri. Apa2 pun saya doakan supaya calon yang menang nanti akan dapat pikul tanggungjawab dengan sebaiknya jangan gaya je lebih nak pangkat semata-mata tapi kerja tak nampak hasilnya, insyaallah! ('_~)

HIKMAH INFAQ DAN BERSEDEQAH



Islam merupakan satu agama yang menitik beratkan mengenai kebajikan semua penganutnya. Pelbagai ajaran dan arahan yang diturunkan oleh Allah untuk menjaga maslahat semua umat manusia di dunia ini. Al-Quran juga diturunkan dengan pelbagai hikmah dan panduan untuk semua umat Islam. Sebagaimana Allah telah berfiman yang bermaksud :

''Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan ALLAH) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata kepadanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH Maha Kaya lagi sentiasa Terpuji''.Surah Al-Baqarah ayat 267.

Ayat ini menjelaskan mengenai infaq iaitu membelanjakan harta supaya mengeluarkan harta yang dimiliki dengan baik. Peberlanjaan yang baik ini bermaksud, tidak melakukan pembaziran dan membeli barangan yang diperlukan sahaja. Jika semua umat manusia melakukan yang sedemikian, maka segala sumber yang ada di bumi ini akan digunakan dengan sebaik mungkin.

Pandangan ekonomi Islam mengenai perbelanjaan yang baik ialah mendahulukan yang perlu.
Barangan yang bukan keperluan tidak disenaraikan sebagai barangan keutamaan dalam perbelanjaan. Dengan cara ini, tidak akan berlaku pembaziran dan manusia mempunyai peluang lebih banyak untuk menyimpan. Barangan keperluan adalah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Semua manusia memerlukan barangan yang sama sebagai barangan keperluan. Barangan keperluan ini dengan kata mudah ialah barangan yang amat diperlukan dalam meneruskan kehidupan. Tanpa barangan tersebut, kehidupan manusia akan menjadi tidak selesa dan menghadapi masalah.

Selepas aturan barangan keperluan, barangan kehendak pula menyusul. Dalam konteks barangan kehendak ini, barangan ini bukanlah keperluan dalam kehidupan manusia. Jika tidak memiliki barangan kehendak ini, manusia mampu untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Barangan kehendak merupakan sebagai pelengkap kepada barangan keperluan sebentar tadi. Diandaikan rumah sebagai barangan keperluan. Tanpa rumah, manusia tidak akan hidup dengan sempurna. Manakala barangan kehendak pula adalah pelengkap kepada barangan keperluan. Ini bermakna, perabot, telivisyen, peti ais merupakan barang kehendak. Andai tidak memilki barangan berkenaan, manusia mampu hidup dengan baik, cuma kurang selesa sahaja. Itulah yang dinamakan sebagai barangan kehendak.

Kemudian selepas dua jenis barangan tersebut, ada jenis barangan yang ketiga. Barangan yang ketiga ialah barangan mewah. Barangan ini selalunya diinginkan oleh golongan yang berpendapatan tinggi. Ini kerana mereka telah mendapatkan barangan keperluan dan kehendak. Barangan mewah adalah rentetan daripada barangan keperluan dan kehendak. Ini bermaksud bahawa, rumah merupakan barangan keperluan, perabot di dalamnya merupakan barangan kehendak dan jenis perabot seta jenamanya yang mahal merupakan barangan mewah. Barangan mewah ini akan menjadikan sebuah kehidupan semakin selesa dan mewah. Dalam Islam, Islam menggalakkan supaya umatnya memenuhi barangan keperluan dan kehendak terlebih dahulu kemudian barulah barangan mewah. Tetapi sebenarnya barangan mewah ini sepatutnya tidak dibelanjakan dengan cara berlebihan. Kerana akan berlaku pembaziran jika diikutkan hawa nafsu tersebut. Jika menginfaqkan harta dengan melakukan cara sedemikian, maka harta tersebut telah digunakan dengan baik dan mengikut keutamaan selaras dengan anjuran di Islam. Manusia juga tidak akan membazirkan harta mereka kepada membeli barangan yang kurang perlu. Harta yang berlebihan sebaiknya disimpan sebagai awasan.Malah, harta tersebut juga boleh dilaburkan untuk memperoleh keuntungan daripadanya.

Pelbagai pelaburan boleh dilakukan selagi mana berlandaskan syariat Islam. Jika memiliki harta yang banyak, maka kemampuan untuk membantu golongan miskin juga akan bertambah.
Dalam Islam, pemilikan yang sebenarnya adalah milik ALLAH SWT. Manakala manusia adalah khalifah Allah yang diamanahkan untuk mentadbir bumi ini, sekali gus menguruskan khazanah dan harta yang terkandung padanya. Sebagai manusia, kita seharusnya menggunakan segala nikmat dan manfaat yang Allah berikan kepada kita dengan sebaiknya. Begitulah juga dengan kekuatan dan kesihatan fizikal kita, kerana ia merupakan kurniaan Allah yang tidak terhitung nikmat dan manfaatnya.

Ayat tersebut juga ada menjelaskan mengenai memberikan harta yang baik kepada orang lain, bukan harta yang buruk dan tidak akan memberikan manfaat kepada mereka yang menerima. Pemberian harta kepada golongan miskin dengan keikhlasan merupakan sedeqah jariyah. Islam amat menggalakkan umatnya supaya mengeluarkan sedikit daripada harta mereka untuk bersedeqah.
Sedeqah ini secara syariahnya akan membawa pemberi itu memilki pahala dan keredhaan ALLAH kepadanya. Malah, jika diberikan dengan ikhlas dan secara rela hati untuk membantu, ALLAH akan menggantikan harta mereka dengan lebih banyak lagi.

Selain itu, sedeqah juga member kesan kepada ekonomi itu sendiri. Ini kerana dengan sedeqah, golongan miskin memilki keupayaan untuk memasuki pasaran dengan memjadi sebahagian daripada pengguna. Mereka akan meningkatkan jumlah permintaan dalam pasaran barang. Keadaan ini akan membawa kepada peningkatan penawaran. Hukum ekonomi mengatakan bahawa, semakin banyak permintaan, semakin banyak penawaran yang akan dikeluarkan oleh pengeluar. Jika pengeluar meingkatkan pengeluaran, maka pelaburan yang akan dilakukan juga akan bertambah. Pengeluar akan meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran bagi memenuhi pasaran yang semakin besar setalah dihadiri oleh golongan miskin ini. Dengan hanya cara bersedeqah, aktiviti ekonomi akan menjadi semakin rancak dan meningkatkan ekonomi individu, masyarakat malah sebuah negara itu sendiri.

Ekonomi Negara menjadi rancak kerana aktiviti pelaburan yang dilakukan oleh pengeluar semakin rancak. Ramai pelabur akan melabur dan pulangan akan dirasa oleh kerajaan melalui cukai, zakat dan sebagainya.
Jika kerajaan memilki kewangan yang kukuh, maka kerajaan boleh membantu golongan miskin ini dengan memberi pelbagai bantuan untuk menyahkan kemiskinan mereka. Cara kerajaan ini akan membawa kepada pengurangan jurang kemiskinan antara golongan miskin dan golongan kaya. Masyarakat akan menjadi stabil dan Negara akan aman. Pengurangan masalah sosial seperti jenayah, pelacuran dan sebagainya juga akan berlaku. Inilah diantara hikmah pemberian sedeqah, bukan sekadar memberi keuntungan kepada individu, tetapi kepada semua lapisan masyarakat keseluruhannya.

Ayat ini juga Allah menegaskan supaya manusia sentiasa membelanjakan harta ke jalan yang diredhaiNya. Mereka yang membelanjakan harta di jalan Allah akan memperolehi hikmah dan ganjaran daripada Allah.
Kita digalakkan berbelanja mengikut keutamaan untuk mengelakkan daripada berlaku pembaziran dalam berbelanja. Harta yang diinfaqkan seharusnya diinfaqkan ke jalan yang betul. Sebagai contoh, menginfaqkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu, kemudian jika memilki lebihan dari harta tersebut, bolehlah diteruskan untuk diinfaqkan kepada orang lain. Keadaan ini akan membawa sesebuah keluarga itu memenuhi keperluan asasi mereka.inilah dikatakan mengutamakan yang lebih utama. Islam juga menyarankan supaya saling bantu-membantu sesama manusia.

Manusia yang berkemampuan diwajibkan untuk menghalakan harta kekayaan itu dengan cara membantu manusia lain yang kurang berkemampuan, ini adalah sebaik-baik jalan untuk kita membelanjakan harta yang dimiliki. Sebagai salah satu caranya ialah bersedeqah.
Manusia seharusnya mencari keberkatan untuk melakukan tiap-tiap sesuatu supaya segala amalannya tidak sia-sia disisi Allah. Dikisahkan mengenai Nabi Ayub AS, ketika baginda sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis lengan bajunya agar belalang jatuh. Lantas Allah berfirman, ''Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?''Nabi Ayub AS menjawab, ''Ya benar, wahai tuhanku! Demi keAgungan-Mu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu''. Kisah di atas menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah . Kekayaan tidak akan membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan menjadi cukup. Sebaliknya, tanpa keberkatan rezeki yang meskipun banyak akan terasakan sempit dan menyusahkan.

Allah juga berfirman di dalam ayat surah Al-Baqarah ini, supaya manusia bersedekah dalam harta. Ini juga adalah jalan terbaik untuk manusia mencapai keberkatan dalam membelanjakan harta dan kekayaan. Rasulullah SAW menganjurkan kepada umatnya untuk memperbanyak sedekah.
Sabda Rasulullah SAW , ''Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah'. Yang satu lagi menyeru, 'Musnahkanlah orang yang tidak membelanjakan hartanya'.''Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah SWT. Orang yang bakhil dengan tidak menyedekahkan sebahagian daripada hartanya akan mendapat kerugian di dunia dan akhirat kerana tidak ada keberkatan.

Begitulah hikmah yang kita perolehi daripada ayat surah Al-Baqarah ini, bagaimana Allah menerangkan tentang pentingnya membelanjakan harta di jalan Allah dan juga bersedekah. Begitu Maha Bijaksana Allah, kerana jika kita lihat hikmah dalam ayat surah Al-Baqarah ini bagaimana Allah SWT menghimpunkan ayat infak yakni membelanjakan harta dan bersedekah. Ini bermakna berinfak dan bersedekah menjadi kriteria penting jika kita ingin meraih hikmah. Berikan sedikit harta kita di jalan Allah SWT, Insya Allah pasti akan kita temui hikmah. Bila anda sudah temukan hikmah itu, maka anda telah mendapat kurnia yang banyak dari sisi Allah swt sebagaimana yang dijelaskan didalam ayat-ayat surah Al-Baqarah ini.



budak baik,
sem 6,Sakan,Irbeed.

Tuesday, March 2, 2010

wElcome!!


Alhamdulillah itulah sebaik2 ucapan apabila saya mendengar berita gembira yang my sis dah selamat melahirkan anak sulungnya, muhd aQeel raFael. Saya dengar dari jauh tak dapat nak melihat si comel tu, sedihnya.Walaupun aqeel ni anak sedara saya yang ke sebelas tapi perasaan tue tetap sama. Anak buah saya yg 1st sy tak ingt mcm mana perasaan coz time tu saya masih budak kecik yang comot. Aqeel lahir pada 12 feb 2010, awal daripada due yang sepatutnya. Aqeel ni dia dapat rasa agaknye apa yg saya rasa, saya mintak dia keluar awal klu boleh 11feb tu sebabnya hari tu my besday! so nanti adalah partner nak celebrate besday,hiihi. tapi dia keluar 12hb lewat ckit, tak pelah saya anggap dia sebagai hadiah besday utk saya. Dapat anak buah yang c0mey!.

comelkan dia...geram!

Ya Allah seronok betul bila diberi nikmat anak ni, saya dapat tengok kegembiraan kat muka akak2 n abg saya. Betapa bernilainya nikmat yang satu ni buat kita semua. Anak-anak merupakan anugerah serta rezeki kurniaan Allah bagi penyeri sesebuah keluarga yang memang secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Apabila dah masuk alam menjadi ummi n abi ni, so bertambahlah amanah. Kita kenalah belajar menghargai nilai kurniaan Allah ni dengan menjalankan tanggungjawab dan peranan dengan sebaiknya, firman Allah didalam Al-Quran :-


"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"( Surah at Tahrim : 6 )


MasyaAllah besarnya tanggungjawab ni , buat saya rasa takut nak melangkah ke alam rumahtangga. Tapi bila saya tengok kemanisannya bila kita dapat mengandung,melahirkan, membesarkan n mendidik anak ni, saya rasa sangat2 hebat pengalaman itu n saya mesti lalui. Kredit buat kak wati, kak lela, kak wawa, kak sema n kak mira! korang memang hebat. Tapi yang paling hebat of coz la my mum 'cik ziZah' sebab dari dialah lahir manusia2 hebat tadi. Mak u r so Amazing!!!thanks:).

Untuk menjadi seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah, kita kena lengkapkan diri dengan sebaik2nya( sy ckp mcm dah pernh lalui je..hehe), saya belajar semua ni dari manusia yang ada disekeliling saya. Melihat kerenah anak2 sedara saya yang selalu buat akak2 saya naik angin tapi saya tahu naik angin tu sebab tanda sayang. Mana taknya masing2 ada perangai tersendiri, ada je kelebihan2 pelik untuk buat huru hara. Agaknya macam mana la keadaan mak saya masa besarkan budak nakal macam saya ni dulu , mesti selalu buat kerenah. Sorry mak!.

Kita bila dah bergelar ibu, automatik kita akan jadi guru buat anak2 n anak2 akan jadikan kita sebagai contoh buat dia kire idola dia la. So kenalah perkemaskan diri dengan akhlak yang baik, nilai2 positif supaya kita dapat membentuk anak soleh.

Pendidikan buat anak2 sangat2 penting coz dari situlah akan lahir muslim yang hebat, sebab tu Imam Ghazali menekankan pendidikan anak itu haruslah bermula sejak 20tahun sebelum kelahirannya. Apa maksudnya ye? mesti orang tertanya2, macam mana nak didik klu tak lahir lagi? itu bukan pointnyela. Pointnye Imam Ghazali nak bg kita sedar pentingnya mengislah diri sebelum memikul tanggungjawab Allah menjadi ibubapa. Atau fikrah lainnya untuk ibubapa mendidik anak2 mereka dengan akhlak Islam seawal kelahiran agar pembentukan, pembesaran dan peribadi mereka akan melahirkan ibubapa yang mampu menjadi contoh teladan terbaik kepada anak2 mendatang, Subhanallah!.

Tapi kenapa perlu seawal 20tahun? sebabnya kita kena sedar akhlak ni bukanlah nilaian yang mampu dilakonkan. Ianya satu gerak geri, tindakan or perilaku yang zahirnya secara sepontan tapi corak asalnya sangat2 mempengaruhi. So nak terbaik perlu dari awal akarnya supaya tunas2 yang tumbuh nanti akan menghasilkan buah2 yang manis, elok n sedap!. Saya harap kita semua akan dapat jadi murabbi buat si comel yang lahir nanti. Untuk kak Mira n abg Aswad, tahniah dengan kelahiran Aqeel. Didoakan sem0ga berjaya menjadi pendidik yang baik buat Aqeel, Insyaallah.(",)




aChik cute,
14/feb/10,dalam kepala,irbeed.


sTudy...


Semester akhir saya dah hampir sebulan berlalu, maknanya masa saya di bumi syam ni berbaki lebih kurang empat bulan je lagi. Cepat betul masa berjalan tau2 dah nak balik m'sia, mak abah org dah nak balik!!!. Untuk sem akhir ni saya ambil 6 subjek, military science, tilawah walhifz 3, dirasat jadwa, mathematic of
finance n 2 lagi subjek tahsin, fundamentals of accounting dgn principles of microeconomic. Alhamdulillah buat masa ni sy tak hadapi apa-apa masalah berat lagi dengan subjek2 yang saya amik, cuma adalah sikit-sikit yang buat saya kurang minat. Memang macam tak baik je bunyinya tapi tuela hakikat so kena berterus terang. Saya akan cuba betulkan mind setting sy ni semula, bukan saya je orang lain pun sama sebab sebenarnya bila kita set minda kita dengan sesuatu tu so automatik ianya akan mempengaruhi kita. Contohnya bila kita memasak, bila salah ramuan tak sedapla masakan kita nanti. Jadinya klu kita set yang baik2 je dalam kepala ni, apa yang jadi nanti baik2 jugakla, Insyaallah!.Hopefully saya boleh lalui sem akhir ni dengan baik n get my target!. InsyaAllah saya akan kongsi apa yang saya belajar hari2 kat blog ni, moga Allah sentiasa lapangkan masa saya untuk menulis.

Paprik mode,

My cAsa, Irbeed.

Bank Islam ke Konvensional???

Kenapa perlu memilih perbankan islam? Saya percaya masih ramai yang belum faham tuntutan sebenar kenapa kita seharusnya memilih perbankan Islam. Di Malaysia dan kebanyakan negara di dunia, terdapat dua sistem perbankan yang beroperasi iaitu perbankan Islam dan perbankan konvensional. Apakah perbezaan di antara perbankan Islam dan perbankan konvensional?

Sebelum kita meninjau mengenai perbezaan dasar antara perbankan Islam dan perbankan konvensional, sebaiknya kita menyelami apakah yang diinterpretasikan dengan sistem ekonomi konvensional dan sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi konvensional adalah satu sistem ekonomi yang sudah dipraktikkan secara meluas dan diterima pakai di dalam sesebuah masyarakat. Ianya boleh dikatakan satu sistem yang ditentukan oleh manusia dan tidak mempunyai piawaian yang mutlak tetapi bersifat anjal serta boleh berubah mengikut ketentuan masyarakat.

Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah
kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu”
(Al-Baqarah: 208)

Manusia sebenarnya tidak mampu untuk melakukan sesuatu dengan baik melainkan dengan berpandukan Al-quran dan sunnah.Ini bertepatan dengan sistem ekonomi islam yang merupakan cabang dalam kesyumulan Islam. Sistem ekonomi Islam mempunyai piawaian yang tetap iaitu bersumberkan wahyu Al-quran dan Sunnah. Sumber ini memberikan pencerahan yang jelas mengenai perkara asas muamalat seharian yang meliputi suruhan dan larangan. Inilah perbezaan jelas mengenai sistem ekonomi Islam dan konvensional, sekalipun penyelidikan yang dijalankan tampak serupa tetapi sebenarnya ia melalui kepompong yang berbeza dan sudah pasti akan melahirkan implikasi yang berbeza.

Hal ini kerana, pakar ekonomi Islam bertujuan untuk mencapai al-falah di dunia dan akhirat, manakala pakar ekonomi sekular cuba menyelesaikan segala kemelut yang timbul tanpa ada pertimbangan soal ketuhanan dan keakhiratan tetapi keutamaan hanyalah untuk mencapai kepuasan manusia di dunia sahaja dan bersifat untuk kepentingan individu.

Jadi secara kasarnya, kita sudah semakin jelas mengenai perbezaan perbankan Islam dan perbankan konvensional yang selalu menjadi persoalan masyarakat umum di Malaysia. Apabila sesuatu sistem itu dijalankan dengan menggunakan akal dan kehendak semata-mata, maka sudah pasti pelbagai impak yang tidak baik akan timbul dan keadaan inilah yang akan membawa kepada kerosakan di masa akan datang.

Saya yakin masyarakat kita di Malaysia sudah mengetahui perbezaan ketara transaksi yang dijalankan oleh perbankan Islam dan konvensional, iaitu dari segi amalan riba atau lebih dikenali sebagai faedah. Perbankan Islam yang mengamalkan sistem ekonomi Islam berlandaskan wahyu sudah pasti jauh dari amalan riba. Tetapi bagi konvensional, amalan riba atau faedah dilihat sebagai satu kepentingan untuk mendapat keuntungan.

Kebanyakan masyarakat kita masih keliru dengan keuntungan atau dividen yang kita perolehi hasil daripada simpanan kita di dalam bank sama ada ia di anggap riba atau tidak serta haram atau halal, maka kita perlu memilih untuk menyimpan dalam perbankan bercorak Islami kerana sudah pasti sistem yang digunapakai adalah berlandaskan prinsip Islam dan bukan dalam sistem perbankan konvensional yang lebih menjurus untuk menambah keuntungan sahaja. Aspek ini seharusnya diambil berat oleh setiap masyarakat agar tidak berlaku kesan-kesan negatif yang boleh merosakkan ekonomi dan membawa pelbagai keburukan kepada semua pihak.

Firman Allah swt :
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba ” (al-Baqarah : 275)

Dalam sistem perbankan Islam, penggunaan riba sebagai keuntungan ke atas modal asal tidak dibenarkan sama sekali. Ini disebabkan keuntungan berdasarkan riba diperoleh bukan kerana imbalan usaha yang sah disisi syarak. Sepatutnya keuntungan ke atas modal asal hendaklah berdasarkan perkongsian untung dan rugi yang dikongsi bersama. Jadi jika satu pihak sahaja yang menanggung kerugian manakala satu pihak lagi tetap mendapat untung walau dalam apa jua keadaan (untung atau rugi), ini membawa kepada ketidakadilan.

Selain daripada itu, aspek keuntungan di dalam sistem perbankan konvensional adalah cenderung kepada memenuhi kepentingan individu. Misalnya di dalam aktiviti yang melibatkan simpanan orang awam yang secara tidak langsung melibatkan faedah tetap atau riba’ sebagai pulangan ke atas simpanan. Bank konvensional menggunakan simpanan orang awam untuk mendapatkan keuntungan dengan cara melaburkan wang simpanan tersebut ke dalam projek-projek besar tanpa mengambil kira projek tersebut syar’i (mengikut ketetapan syarak) mahupun tidak. Oleh sebab itu, pelaburan dan perniagaan hanya tertumpu untuk memaksimumkan keuntungan semata tanpa melihat kesan-kesan kepada masyarakat sama ada untuk jangka masa panjang ataupun jangka masa pendek, apatah lagi melihat kepada ketelusan pelaburan dari kaca mata Islam. Siapa tahu, berkemungkinan bank konvensional tersebut hanya melabur di syarikat-syarikat judi atau arak dan yang seumpama dengannya.

Berlainan pula dengan perbankan Islam, kerana asasnya pihak bank perlu bertanggungjawab terhadap semua simpanan daripada orang ramai dan memberi perkhidmatan cekap dan telus demi kepentingan awam bagi memenuhi matlamat sosioekonomi Islam dan manfaat manusia sejagat.

Kita juga boleh melihat perbezaan perbankan Islam dan konvensional melalui aspek perhubungan. Perhubungan di antara pelanggan di perbankan konvensional hanya terhad kepada kontrak pinjaman dengan faedah, yang mana bank sebagai pemiutang dan pelanggan sebagai peminjam yang harus membayar pinjaman pada waktu yang ditetapkan. Keadaan ini berbeza dengan sistem di perbankan Islam, pihak bank di dalam perbankan Islam akan bertindak selaku pengurus projek yang membantu menguruskan kewangan untuk manfaat setiap pelanggan.

Di samping itu pelanggan juga boleh berkongsi semua risiko tanpa sebarang jaminan keuntungan daripada bank ataupun hak untuk mendapat keuntungan yang telah ditentukan iaitu faedah. Bank Islam bertindak sebagai pengurus wang yang sebenar bagi pelanggan dan fokus utama hanyalah untuk manfaat pembiayaan bagi pembangunan ekonomi dan masyarakat. Antara aktiviti perbankan yang dilihat sebagai alternatif bagi menggantikan kontrak perniagaan riba di dalam perbankan konvensional adalah seperti perkongsian mudharabah atau musyarakah, aktiviti jual beli dan juga akad sewaan.

Demikian itu sudah jelaslah bahawa perbankan Islam sebenarnya mempunyai pelbagai kelebihan yang menguntungkan berbanding perbankan konvensional. Islam hanya menutup satu pintu iaitu riba, yang ternyata jelas membawa kemusnahan kepada masyarakat tetapi cara lain dibuka seluas-luasnya. Ertinya masih terdapat begitu banyak alternatif halal yang lain dan lebih bermanfaat. Begitu betapa adilnya agama Islam, jika satu peluang ditutup kerana keburukannya maka akan datang pula peluang lain yang dibuka jalan seluasnya serta menjanjikan banyak kebaikan.

Namun begitu, masih lagi kita mendengar suara-suara sumbang yang asyik mendakwa produk dan perkhidmatan perbankan islam hanyalah cerminan dari produk konvensional. Dakwaan sedemikian tidak sepatutnya dibuat tanpa kita mengetahui matlamat dan aplikasi operasi di dalam sistem perbankan islam dan kemajuan sistem perbankan itu sendiri. Walhal, satu kenyataan pada hari ini menyatakan bahawa sistem perbankan Islam yang bebas dari amalan riba sebenarnya lebih memenuhi keperluan pelanggan dan masyrakat umum. Jadi tidak pelik jika kita lihat pada hari ini bahawa mereka yang bukan Islam lebih ramai memilih khidmat dan produk dari perbankan Islam. Sayang sekali, umat Islam sendiri yang masih enggan dan kabur dalam meyakini sistem perbankan Islam.

Firman Allah s.w.t:
“Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. (Al-Baqarah: 279).

Konklusinya, perbankan Islam sebenarnya mampu untuk menggantikan sistem konvensional namun tidak sebaliknya. Tetapi, untuk ini menjadi realiti, sudah pasti memerlukan jihad dan sokongan dari semua pihak baik dari sudut politik, sosial dan tuntutan ke atas umat Islam itu sendiri. Usaha-usaha dakwah dan ilmiah harus diteruskan dalam memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan berkenaan aplikasi sebenar perbankan Islam bagi menyedarkan masyrakat. Semoga kesedaran ini akan membantu memartabatkan nama Islam di mata dunia. Insyaallah.

humi hermilia ibrahim,
4/2/10,irbeed.

Bismillah...


Praise to ALLAH. Akhirnya saya tergerak jugak nak buat blog sendiri, macam dah terlambat tapi tak kisahlah anggap jela saya akan hidup lama lagi walaupun mati tu tak kenal waktu. Selama ni kawan-kawan selalu suruh saya buat blog tapi saya macam tak nampak lagi perlu ke buat semua ni? sampailah satu masa tu my roomate cakap lagi pasal blog ni. "Umi tak nak buat blog ke?" macam biasala jawapan saya,saya tak pandai menulis, i've no idea no skills n bla bla bla, haha kolot betul rasanya. Tapi lepas apa yang jadi pada saya 2 3 bulan ni,buat saya terfikir n terus berfikir,macam-macam dalam kepala ni tapi tak tahu nak cerita kat siapa. So pagi tadi saya duduk s0rang sambil makan roti 'cElup' nescafe saya termenung lagi, ni la hobi saya bukan saja-saja termenung tapi spontan punya kerja, tau2 je dah sedar but i'm happy coz bila saya sedar idea baru datang. Nak jadi cerita terus rasa macam nak buat blog sangat2, sehari saya pergi kuliah fikir blog je,macam2 idea keluar. Sebenarnya bila saya fikir balik setiap apa yang jadi dekat saya mesti ada hikmah, Subhanallah mAha Adilnya DIA! jadi saya rasa daripada saya diam je baik saya kongsi kat dalam blog ni, or mybe saya boleh buat blog ni sebagai diary hidup saya. Bukan niat nak cerita hal sendiri, dats not the point!cuma nak berkongsi apa yang kita rasa.Orang ramai salah erti bila seseorang tu buat blog dan cerita hal sendiri tapi sebenarnya bila dia bercerita dia happy dengan life dia n dia nak kongsi dengan semua.Walaupun saya tak menulis blog but saya faham je keadaan tu . Yang cakap negatif tu mybe ada pro n kontra, saya rasa mungkin dia tak suka share something dengan orang lain, suka hidup sendiri atau hidup dia lebih formal cuma berkongsi ilmu, artikel or apa-apa la yang lebih skema. Terpulang la pada siapa yang nak menilai,but for my 1st step ni don't worry saya bukan buat blog nak cerita hal hidup saya sangat tapi saya nak jugak share ilmu n mybe jadi daie melalu cara ni. Saya dah mula rasa perlu semua ini dalam hidup saya,thanks! but sorry klu saya lambat bertindak. H0pe 'Angel in my heart'ni, boleh make me be s0meone in your heArt!!!insHaAllah..(",)


coMot('_~)
cAsa intElek,irbeed.

follow me

Mencari posisi Memperkemaskan diri Menempuh REALITI...

"من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقل خيرا او ليصمت"