Wednesday, July 4, 2012

cHipsmore.....
Kali kedua lupa id dan password nak sign in blog,memang sangat teruk..banyak cerita-cerita yang sepatutnya di 'update' tak dapat sebab penyakit LUPA!....punye laa sibuk kata blog dapat award bersawang sekali terbiar jugak sampai sekarang dah berkarat pun.Dari Jordan balik ke Pahang berhijrah pulak ke Kuala Lumpur dan sekarangggggg Miri,Sarawak!!!!susah rupanya nak pupuk diri jadi seorang penulis,bercerita,mengarang,mengarut.Dulu tujuan mengada-ngada nak buat blog ini salah satunya sebab nak pupuk diri untuk sentiasa menulis, tapi akhirnya tak dapat juga. Seronok baca-baca blog orang,teringin jugak nak kongsi cerita diri. Walaupun tiada yang menarik tapi kadang untuk kepuasan diri. Ramai antara blogger ni,diorang sengaja mewujudkan blog untuk cerita apa yang diorang rasa, kongsi apa yang diorang buat dan diorang tak kisah pun samada pembaca nak bce blog diorang atau tak, yang penting diorang cerita je panjang berjelaaaa~kepuasan yang dicari sebenarnya, rasa 'best' bila dapat luah apa yang ada dalam hati sebab kadang bila bercakap story mory kat orang takde pun yang sudi nak jadi pendengar yang baik. Macam tuelah lebih kurang teori 'kepala kusut' ni pasal blogger2...so terasa la nak buat camtu,cumenye kurang dari segi 'kerajinan' ditambah pulak dengan terlebih makan semut, nak bukak blog pun boleh lupa password...=P


sk kampung luak,
miri,sarawak......

No comments:

Post a Comment

follow me

Mencari posisi Memperkemaskan diri Menempuh REALITI...

"من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقل خيرا او ليصمت"