Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 20, 2012

bayt muslim..=)

Semenjak 2 menjak ni bertubi2 jugak orang tanya, 'dah ada isi belum'..rasa nak announce je kat tv saya masih belajar!hee~

Siapalah yang tak teringin nak ber'baby'...tuhan sajalah yang tahu perasaan saya..tapi terpaksa akur dengan masa, kerana belum waktunya.. Allah juga mungkin faham dengan situasi ini..=)

Tapi dalam masa yang sama, sangat takut mampukah saya menjadi ibu yang baik buat anak-anak, bila tengok anak orang ada je rasa tak kena dengan didikan, ringan pulak mulut nak mengomen itu ini..tapi ibubapa mana yang tak mahu anaknya jadi baik dan soleh. Cuma kadang2 sebab 'sayang' dibiarkan anak tu mengikut kehendak mereka sendiri.

sungguh cute!!

Perasaan seorang ibu, kita takkan faham melainkan bila kita laluinya sendiri, saat itu kita akan faham.

Tapi kata orang hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Kadang-kadang perlu lawan perasaan belas, untuk keadaan yang lebih baik di masa akan datang. Saya mungkin seorang yang mudah belas kasihan dengan keadaan tapi en.hubby macam garang jugak, everything must be perfect katenyeee..=P..so hopefully, if Allah beri kami rezeki anak, kami dapat jadi ibu bapa yang terbaik!diberi kekuatan untuk mendidik anak-anak, menjadi anak yang soleh dan solehah.

Banyak info dan tips-tips mendidik anak-anak, kadang nampak kejam tapi itulah yang terbaik buat mereka. Suatu hari kelak apabila kita sampai masa ke liang lahad, anak-anak yang menjadi peneman sehingga kita ke liang lahad. Al-fatihah dan doa jugak takkan hilang walau sesaat buat kita.


ocean park..
ramadhan mubarak!

No comments:

Post a Comment

follow me

Mencari posisi Memperkemaskan diri Menempuh REALITI...

"من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقل خيرا او ليصمت"