Friday, July 6, 2012

have a safe jOurney my deAr......

Pagi tadi en.Hubby berlepas ke negeri sembilan menghantar pelajar untuk pertandingan debat di USIM. Setelah menjadikan kerja-kerja sekolahnya tu sebagai bini 1, akhirnya sampai masa pertandingan,hopefully berbaloi...tiba-tiba je kan miss hillu kata en.hubby, bila pulak la 'budak kusut' ni kahwin. Sudah masuk 6 bulan saya pegang title isteri orang,cepat sungguh masa berlalu. Kadang-kadang rasa macam budak-budak je lagi, serba-serbi masih belajar-belajar. Tapi Alhamdulillah en.hubby sangat memahami, cuma kadang kalau bab komen tue sengaja ditambah-tambah katanya nak bagi semangat supaya usaha lebih baik. Perkahwinan saya simple je, mula perkenalan melalui seseorang kemudian berkawan. Sampai satu masa rasa keserasian, kemudian minta restu keluarga dan akhirnya 'terbinalah masjid cinta'..syukur dipermudahkan segala urusan..=)...nanti berkesempatan bolehlah karang-karang cerita cinta, 'biasa bagi yang biasa tapi luar biasa bagi yang merasa' manalah tahu boleh challenged 'ayat-ayat cinta' ceewahhhhhh~ Indah perkahwinan itu susah diungkap,nak tahu kena kahwin lah!



outdoor shoot masa wedding d0luu~




luv him!
430pm~5/7
ocean park,miri

No comments:

Post a Comment

follow me

Mencari posisi Memperkemaskan diri Menempuh REALITI...

"من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقل خيرا او ليصمت"