Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 6, 2012

Nikmat Sihat..

Dalam menempuh bulan yang penuh barakah ni, dapat berita pemergiaan tok sedara..tak sangka baru jumpa dalam keadaan dia yang sihat..rupanya dah sampai masa untuk dia pergi..
'Salam Takziah diucapkan buat tok su sekeluarga, semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman'

Selang sehari daripada berita pemergiaan Tok ngah, Pak teh pula menerima ujian daripada Allah, bila diserang angin ahmar ketika sedang memandu..sekarang masih dalam keadaan kritikal.. Semoga Allah beri kesihatan yang baik buat dia.dan di berikan ketabahan hati buat mak teh sekeluarga.

sungguh kita tidak duga, dimana,bila dan bagaimana kita akan datang bila Allah tarikh nikmat kesihatan kita. Allah maha berkuasa menentukan segalanya. Disaat Allah menarik nikmat kesihatan kita, tidak ada lagi nilai buat diri kita. Saat itu barulah kita sedar akan kesilapan kita yang tidak pernah mensyukuri nikmat...

Hari ni tak nak berceloteh panjang...En.hubby pun tak berapa sihat,muntah-muntah pagi tadi...Ya Allah, kalau inilah dugaan di bulan ramadhan buat kami sekeluarga, kau berikanlah kami kesabaran dan jadikanlah kami di dalam kalangan hambamu yang bersyukur..


Doa Rasulullah memohon kesihatan yang sempurna iaitu :

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Maksud : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaanMu. [Imam Muslim]

Monday, July 30, 2012

jadi chef lepas kahwin~

Ramadhan mubarak!apa khabar puasa korang?ada yang dah terbuka tudung periuk di siang hari?harap-harap takde lah..buat malu je dekat anak-anak murid miss hillu nanti~

hari ini belum plan lagi menu apa yang nak dimasak untuk berbuka, rasa-rasa macam nak buat ikan goreng kicap dengan sambal sotong je...lauk ikan untuk en.hubby sambal sotong untuk saya, en hubby tak berapa suka sangat makan sotong.

Dah kahwin ni kenalah buat-buat pandai masak, walaupun korang dulu memang tak pernah nak lekat kat dapur sampai periuk dengan kuali pun tak tahu beza..teruknyaaa~bukan sayaaaaa!^______^
Saya ni bukanlah pandai masak, dulu masa belajar memang makan masak sendiri tapi main campak-campak je..tak kisah sangatlah sebab yang nak makan pun kawan-kawan yang lebih kurang saya jugak..so masa baru-baru kahwin memang berani mati lah terus terang kat mak mertua, 'mak, saya ni bukanlah pandai masak sangat, tapi klu mak nak minta tolong apa-apa ke, insyaallah sy boleh'..camtue la lebih kurang ayatnye..hehe...klu tak cakap nanti dia suh kita masak tak ke haru biru nanti~ pastu bila dia masak so puji lah sedap n mintak tolong ajar. Ada sekali tue kena duduk mengadap dia dengan buku n pen, dia suruh tulis ap yang dia cakap.. dia bagi resepi koranggg!haaa..takut jugak dengan mak mertua tapi baik je sebenarnya cuma kadang-kadang nampak macam garang~=P
sekarang duduk dengan en.hubby, dia memang suruh saya masak walaupun kadang-kadang memang tak sedap langsung, tapi sebabkan en.hubby sangat baik dia telan je..hahaha...lama-lama masak kira oklah, ada rupa dan rasa.
Bulan puasa ni, memang sebolehnya nak sediakan sendiri juadah untuk berbuka. Tapi masa awal mggu puasa hari dekat rumah memang ada daging rusa je, so hari2 menu rusa...dah macam-macam miss hillu buat,daging goreng kunyit,daging masak kari, daging bakar, daging black pepper..memang rasa macam rusa dah minggu tu, tak sempat nak pergi beli barang dapur, en.hubby sangat sibuk dengan sekolah dan kelas tuisyen part time dia... Lepas minggu tu, barulah berpeluang beli barang dapur, so menu yang dibuat ikan masak sweet sour + kerabu sotong+tom yam sea food~ Semalam pulak miss hillu buat nasi ayam, goreng ayam lebih untuk sahur, sekali habis semua en.hubby makan...sedaplah kot..hihihi

so siapa-siapa yang tak kahwin lagi, dun worrylah kalau korang tak berapa pandai di dapur n risau camne nak kahwin, sebab lepas kahwin nanti confirm pandai!suami korang takkan marah..cuma mak mertua je, pandai2 lah ambil hati...macam miss hilllu buat!hehehe=P....

Tuesday, July 24, 2012

jom DIY doorgift!

Hari ni rasa nak crite sket pasal wedding dulu..memang pengalaman yang menyeronokkan!evrything masa wedding dulu memang plan nak buat sendiri..walaupun masa tu masa sangat terhad, g kerja pagi balik dah malam.tapi still nak DIY segala benda....

masa wedding aritu, miss hillu memang tersangatlah rajin nak DIY doorgift sendiri, buat yang senang-senang dan boleh save budget...

So, banyaklah masa kerja dihabiskan membuat research nak buat ap masa wedding, bila bos masuk je terus tukar konon2 busy buat kerja...hehe. Banyak je idea akan dapat bila kita google, nak tiru yang hebat-hebat tak bolehlah kalau tangan korang keras macam miss hillu ni~
ini antara DIY yang miss hillu buat masa wedding dulu, tema masa tu purple + turqoise!


bese-bese je~
yang ni kos nak buat taklah byk sgt, sapu tangan tu beli di cowboy,temerloh..1 pek (50pieces) rm10, pastu kos ribbon 1 gulung rm4 boleh siap dlm 20 set, pastu bunga kecik2 tu pun beli tempa yang sama,rm 8 utk 50 kuntum...^_^...cup tu tambahan coz dah kehabisan sapu tangan, modal lagi murah!
yang ni beg doorgift!...beli di chow kit, sume + paper doll..modal dlm rm100 utk buat dlm 1000beg.. sticker tu buat sendiri, masa kerja dulu curi2 print n photostat kat ofis...s0rry boss..=P..ribbon pulak beli yang paling murah, di cowboy jugak!



penat jugak nak buat beg tu, abis keras2 tangan bermain dengan gam dan gunting....habis sume tenaga anak-anak buah digunakan, masing-masing buat muka tension sebab kena paksa!ciannn~


cute

yang ni DIY terakhir, last minute..sebab bunga telur tak cukup...so cari2 apa-apa yang ad, sekali jumpa lebih2 ribbon and kertas keras mse buat hantaran untuk pertunangan d0lu2..so apa lagi,tercetuslah ilham buat benda ni...hasilnya camnilah, mak pun suke..kawan-kawan dia pun suke!senang nak bwk...yang ni tak kira kos, sebab pki brg lebih-lebih je dan buat tak banyak dalam 50.


miss hillu ni duduk di kawasan kampung, so masa tu ramai yang beli daripada buat sendiri, tapi lepas je wedding miss hillu, ramai pulak yang buat benda yang sama, beg pun sama..c0py n paste! kira pencetus idea untuk kampunglaaa..hihi..puas hati!sebab masa mula2 nak buat dulu banyak jugak pot pet org bising buang tenagalah, buang masa lah..sekali!semua org suke...siap tiru lagi..hoh0ho


kahwin memang best!!!!!!^_^




Sunday, July 22, 2012

jangkitan kuman dipundi kencing

Siksa hidup kalau asyik berulang ke tandas, selang beberapa minit rasa nak ke tandas. Pulak tue bila dah qada hajat masih teras nak buang air kecil lagi.

cari-cari punca rupanya jangkitan pada punci kencing. Hadoiilaaaaa~

dulu-dulu miss hillu memang suka tahan-tahan bila rasa nak buang air kecil, lagi2 kalau berjalan jauh sangat tak suka nak berhenti buang air kecil. kira masa tu rasa pundi sangat p0wer menahan bila nak buang air kecil. Dengan masalah kurang minum air masak,rasanya dulu segelas pun payah sehari,banyak minum air manis je.hee~

macam-macam pulak simbol toilet ni~

bila dah kahwin ni lagilah mudah kena jangkitan. So be careful utk bride to be, take a good care for ur intimate care.

ada banyak punca yang menyebabkan jangkitan pada pundi kencing, antaranya :-

  • punca di sebabkan oleh 'suka tahan nak buang air kecil', tabiat ini boleh menyebabkan bakteria 'diternak'.
  • Melakukan hubungan seks , bentuk anatomi wanita yang memudahkan infeksi saluran kencing selepas hubungan kelamin, disebabkan pembukaan uretra berada di depan faraj. Semasa hubungan kelamin, bakteria ini memasuki sistem kerana urutan alat sulit suami mahupun jari.Mereka yang kerap kali menukar pasngan serta melakukan persetubuhan yang sangat kerap juga terdedah pada infeksi.
  • Kurang penjagaan kebersihan.
Antara langkah pencegahan yang harus diambil ialah :-

  • Elakkanlah diri korang dari tabiat 'menahan kencing'
  • banyakkan pengambilan air masak,(8 gelas sehari)
  • jaga kebersihan diri dan alat sulit, elakkan daripada memakai seluar dalam yang tidak mengalirkan udara.seluar dalam yang boleh serap peluh!
  • hindari daripada memakai pakaian ketat, ia boleh menyebabkan peluh yang mengundangkan pembiakan bakteria.
  • bersihkan kemaluan selepas membuang air kecil dan keringkan.
  • bersihkan kemaluan sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin.
  • lakukan ujian saringan air kencing untuk mengesan kencing kotor.
h0pefully membantu!=)

Friday, July 20, 2012

bayt muslim..=)

Semenjak 2 menjak ni bertubi2 jugak orang tanya, 'dah ada isi belum'..rasa nak announce je kat tv saya masih belajar!hee~

Siapalah yang tak teringin nak ber'baby'...tuhan sajalah yang tahu perasaan saya..tapi terpaksa akur dengan masa, kerana belum waktunya.. Allah juga mungkin faham dengan situasi ini..=)

Tapi dalam masa yang sama, sangat takut mampukah saya menjadi ibu yang baik buat anak-anak, bila tengok anak orang ada je rasa tak kena dengan didikan, ringan pulak mulut nak mengomen itu ini..tapi ibubapa mana yang tak mahu anaknya jadi baik dan soleh. Cuma kadang2 sebab 'sayang' dibiarkan anak tu mengikut kehendak mereka sendiri.

sungguh cute!!

Perasaan seorang ibu, kita takkan faham melainkan bila kita laluinya sendiri, saat itu kita akan faham.

Tapi kata orang hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Kadang-kadang perlu lawan perasaan belas, untuk keadaan yang lebih baik di masa akan datang. Saya mungkin seorang yang mudah belas kasihan dengan keadaan tapi en.hubby macam garang jugak, everything must be perfect katenyeee..=P..so hopefully, if Allah beri kami rezeki anak, kami dapat jadi ibu bapa yang terbaik!diberi kekuatan untuk mendidik anak-anak, menjadi anak yang soleh dan solehah.

Banyak info dan tips-tips mendidik anak-anak, kadang nampak kejam tapi itulah yang terbaik buat mereka. Suatu hari kelak apabila kita sampai masa ke liang lahad, anak-anak yang menjadi peneman sehingga kita ke liang lahad. Al-fatihah dan doa jugak takkan hilang walau sesaat buat kita.


ocean park..
ramadhan mubarak!

terawih~

Alhamdulillah, malam pertama dapat bertarawih bersama en.hubby tersayangggg!walaupun dengan kesesakan manusia di masjid kampung luak. Ramai jugak anak murid yang datang berterawih sekali, sejuk hati tengok..camnilah anak murid ustazah..=)

Duduk pulak sebelah akak yang bawak anak yg sangat c0meyyy!rasa time tu jugak nak beranak..huhu...baru setahun rasanya umur baby tu,ibu dia dah bawak datang terawih. Selalu dengar alasan susah nak pergi anak kecil, anak duduk tak diam,tak khusyuk solat..tapi alasan je sume!see akak ni boleh je bawak anak dia datang,sepanjang solat tiada sebarang masalah, cuma kadang2 baby tu tersilap ibu, terpaut2 pulak dia kat kaki miss hillu..tertukar ibu!boleh je saya..memang mood nak anak ni!hihi....

Ya Allah, Limpahkanlah Rahmat dan Berkat Mu buatku dan Keluargaku di bulan Ramadhan ini.........


Masjid Kg. Luak.2012

Wednesday, July 18, 2012

Ahlan Ya Ramadhan!!!!

malam ni pengumuman puasa,
seronok rasa nak menyambut puasa walaupun di perantauan,
special coz tahun pertama menyambut puasa sebagai seorang isteri,
kalau dulu bangun sahur kena mak gerak,
berbuka tunggu mak masak,
pergi terawih sendiri-sendiri..
but noW!bangun sahur tak boleh tunggu orang gerak,
kena masakkan untuk orang,
pergi terawih berteman.....=)

RAMADHAN KAREEM......!!



puasa j0m!
ocean park,miri...

follow me

Mencari posisi Memperkemaskan diri Menempuh REALITI...

"من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقل خيرا او ليصمت"