Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 6, 2012

Nikmat Sihat..

Dalam menempuh bulan yang penuh barakah ni, dapat berita pemergiaan tok sedara..tak sangka baru jumpa dalam keadaan dia yang sihat..rupanya dah sampai masa untuk dia pergi..
'Salam Takziah diucapkan buat tok su sekeluarga, semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman'

Selang sehari daripada berita pemergiaan Tok ngah, Pak teh pula menerima ujian daripada Allah, bila diserang angin ahmar ketika sedang memandu..sekarang masih dalam keadaan kritikal.. Semoga Allah beri kesihatan yang baik buat dia.dan di berikan ketabahan hati buat mak teh sekeluarga.

sungguh kita tidak duga, dimana,bila dan bagaimana kita akan datang bila Allah tarikh nikmat kesihatan kita. Allah maha berkuasa menentukan segalanya. Disaat Allah menarik nikmat kesihatan kita, tidak ada lagi nilai buat diri kita. Saat itu barulah kita sedar akan kesilapan kita yang tidak pernah mensyukuri nikmat...

Hari ni tak nak berceloteh panjang...En.hubby pun tak berapa sihat,muntah-muntah pagi tadi...Ya Allah, kalau inilah dugaan di bulan ramadhan buat kami sekeluarga, kau berikanlah kami kesabaran dan jadikanlah kami di dalam kalangan hambamu yang bersyukur..


Doa Rasulullah memohon kesihatan yang sempurna iaitu :

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Maksud : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaanMu. [Imam Muslim]

No comments:

Post a Comment

follow me

Mencari posisi Memperkemaskan diri Menempuh REALITI...

"من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقل خيرا او ليصمت"